Bersama Imam Muda Asyraf Independant Fashion Show Krew Bersama Artist Promo Ramadan 2012 Ekstival KUIS 15

Salam Ramadhan 2012 (VIDEO)


Belum terlewat lagi rasanya untuk kami mengucapkan salam ramadhan buat muslimin dan muslimat seluruh dunia. Sudah termaktub Ramadhan merupakan satu tempoh masa yakni sebulan di mana pelbagai fadhilat kebaikan yang berlipat kali ganda ganjarannya berada di dalamnya.

Krew KSMP telah membuat sedikit usaha dalam memeriahkan lagi Ramdhan Al-mubarak pada tahun 2012 ini dengan sedikit adegan video bertemakan penggalakan dalam pemberian sedekah kepada yang kurang mampu untuk merasai keseronokan puasa seperti kaum muslimin yang lain.

Alhamdulillah dengan sokongan dari ramai orang terhadap produksi kami amat menggalakkan. KSMP yang baru hendak menempah nama berasa terharu dan gembira apabila video KSMP yang berdurasi 1:47minit telah memperoleh sebanyak 280Hits selepas  1 hari ditayangkan di YOUTUBE. Terima kasih atas sokongan anda.

Penggambaran yang telah dibuat di Pasar Malam Bandar Seri Putra ini telah memberi seribu satu pengalaman yang boleh dijadikan satu titik tolak dalam usaha KSMP untuk maju ke langkah seterusnya. Krew KSMP juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas sokongan mereka terhadap KSMP sehingga dapat menghasilkan sebuah klip video yang InsyaAllah dapat memberikan intipati-intipati kebaikan buat semua.

Terimalah dari kami KSMP, Video promo sempena Ramadhan 2012 untuk anda.


"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"

Dengan itu KSMP berharap dapat mempertingkatkan mutu kualiti video yang bakal dihasilkan akan datang. InsyaAllah. Selamat berpuasa kepada semua.
comments