Bersama Imam Muda Asyraf Independant Fashion Show Krew Bersama Artist Promo Ramadan 2012 Ekstival KUIS 15

Aidfitri KSmotionpicture

Sungguh pantas rasanya masa yang berlalu. Dalam tak sedar sekali lagi kita akan bertemu dengan Hari Kemenangan buat mereka yang beragama Islam. Kalau dulu, ketika zaman kanak-kanak krew KSMP, duit raya pasti menjadi buruan buat kami, namun kini sudah semestinya kanak-kanak pula yang memburu duit raya dari kami dengan rakusnya.Hehe

Pelbagai kenangan manis yang pasti diingati buat mereka yang pernah bergelar kanak-kanak. Perlumbaan bersama kawan-kawan dalam usaha mengumpul duit raya dengan banyak pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.Apapun yang mendapat paling banyak collection pasti akan merasa riak berserta takabbur apatah lagi membara sikap kebongkakan pasti muncul(usah begitu ye kengkawan).Nostalgia kenangan zaman kanak-kanak ini pasti terimbau disaat berkumandangnya takbir raya di pagi syawal.

Krew produksi KSMP akhirnya bersepakat untuk melakukan sesuatu dalam usaha memeriahkan SYAWAL PERTAMA KSMP dengan menggunakan skill dan sedikit kepakaran yang ada pada KSMP bagi menyunting video pendek untuk Aidilfitri kali ini. Namun, pembikinan VIDEO PROMO ini tidak lagi selesai sepenuhnya bagi memastikan mutu video kami pada tahap terbaik. Adapun begitu, KSMP merasa berbesar hati untuk berkongsi sedikit teaser bagi video tersebut sebelum official video dapat dimuat turun dalam tempoh masa terdekat insyaAllah. 

Teaser Raya 2012

Jangan lupa untuk nantikan full video dari KSMP sempena Hari Raya Aidilfitri 2012. Sekali lagi KSMP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang terus menyokong KSMP. Kami amat menghargai usaha sama dan sokongan dari anda. Diharap segala kekurangan dari KSMP tidak disimpan dalam hati. Akhir tinta, KSMP telah menempah kad raya yang besar untuk anda simpan ketat-ketat dalam hati.

hehe... Maaf Zahir dan Batin.


Sebarang pertanyaan boleh dihubungi DI SINI.

comments