Bersama Imam Muda Asyraf Independant Fashion Show Krew Bersama Artist Promo Ramadan 2012 Ekstival KUIS 15

About


Siapa sangka, hanya dengan satu kali berkerjasama sudah terpacul idea untuk bergabung bersama di bawah satu bumbung. Ianya terbukti dengan penubuhan KSmotionpicture atau nama pendeknya KSMP adalah hasil dari gabungan krew-krew produksi yang dipertemukan di Ekstival KUIS ke-15 pada awal Julai 2012.

Di ketuai oleh Atiq, malahan juga didokong pula dari Haffiz aziz mengukuhkan lagi KSMP yang kini sedang mengusahakan yang terbaik dalam pembuatan video yang berkonsepkan lain daripada yang lain.

Lebih meyakinkan di mana salah seorang daripada crew KSMP merupakan freelance photographer yang berpengalaman yang dikenali dengan nama UsuiAkira@Littlephotographer bergiat aktif mengadakan penggambaran(photographer) di kawasan Selangor. Turut bersama KSMP dibarisi krew-krew yang sentiasa memberikan semaksimum mungkin komitmen dan memastikan dapat memberikan mutu yang terbaik walaupun diakui masih mempunyai kekurangan dari segi kelengkapan gadget.

Diharap usaha murni ini mendapat sokongan dari seluruh warga Malaysia khasnya dalam memajukan industri videografi ini dengan menyelit pelbagai nilai mesej yang bermanfaat dan bukan hanya sebuah video yang kosong hendaknya. Oleh itu, kami berjuang untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan visi dan misi kami tercapai dalam menjadi sebuah produksi yang dikenali. InsyaAllah.
Akhir kata, kami berbesar hati ingin berkongsi video pertama hasil dari KSMP semasa program ekstival di KUIS baru-baru ini.

 Disinilah detik pertemuan krew KSmotionpicture.

Teruskan menyokong kami, terima kasih!
comments